LorD my World my Thought my Soul

LorD96


LorD Stat

Online
:
Soul on Visit
Hits
:
Souls Visited

LorD Profile

Hometown
:
Hell
Occupation
:
Nocturnal Hunter
Y!M
:
MSN
:
Status
:
Rest In Peace..

LorD Shout!


LorD Y!M


LorD Posts



RSS Atom

LorD Links

Friends..

 

Adib
Ajie
Amier TFL
Amir
Andy
Asyraf
Azhan
Cameno TFL
Ekyn
Eliza Rahim
Emiazus TFL
Eva TFL
Eza
Fia TFL
Hannis
Haryaty Othman
Hattourie Flickr
Izzaty
Joey TFL
June
Mazidul 360
Nadine Zuharra
Nan TFL
Nazwan
Peq TFL
PP08
Raisha Rahim
RuKh
SCC
Shahrul TFL
Suraya
Syarifah
Syu
Syuhada


Favorites..

  Chicago Bulls
Citcat
Dynamic Drive
Gizmo Call
KLFM

Koleksi Doa-doa
Lowyat.Net
Manchester United
Mangarun
OrangeCountyChoppers

Car Clubs..

  The FrontLiners (TFL)
Vaper Club
Saga Iswara Club (SIC)
MonsterCrew CarClub

LorD Views


LorD Searchs

Muslim Names Search:


Provided by Baby Names
LorD Categories


LorD Contact


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

LorD Guitar Tuner


LorD Affiliates

ClixSense.com

ClixnCash.com  WorldWide-Cash.net

donkeymails.com  no-minimum.com

LorD Ads



LorD Credits

MyBloglog!  PageRank  photobucket
Monday, December 29, 2008
Doa Awal Tahun

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:

gambar ensan: darulnuman.com

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

ehsan: darulnuman.com

Salam Awal Muharram & Selamat Datang 2009

Posted at 12:55 am by LorD
0 Comment   

Sunday, December 28, 2008
Doa Akhir Tahun

 Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:

gambar ehsan: darulnuman.com

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

ehsan: darulnuman.com

Salam Akhir Tahun & Selamat Tinggal 2008

Posted at 12:58 am by LorD
0 Comment   

Saturday, December 27, 2008
Weldone All



To Unitarian, congratulation for your last examination result received yesterday (26 December 2008).
Hopes so that the grade you achieve is a proud achievement parallel to your effort all the while.

Once again WELDONE to you all and also to me.
Let's repeat this success for our next semester.
InsyaAllah

Posted at 07:26 pm by LorD
2 Comments   

Tuesday, December 23, 2008
Apa itu Cinta?

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta yang sebenarnya cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan. Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawabkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlapan dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punyai persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbul balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati. Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa. Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tetapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja dia comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya, mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu, apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

ehsan: tentangcinta.com


Ada aku dipandang hadap,
tiada aku dipandang belakang

Posted at 01:18 am by LorD
4 Comments   

Monday, December 22, 2008
Hawa

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin janganlah dikau risau akan jodohmu,
ingatlah hawa pada setiap janji Tuhan kita.

Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki
yang bukan muhrim mu kerana khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman lalu tercetusnya salam dan
sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu
kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Ini pesanku,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui bentuk badannya,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya,
serta kemampuannya yang boleh mengoncang keimanan lelaki.


Cintai diri sebelum mencintai orang lain

Posted at 03:07 pm by LorD
3 Comments   

Sunday, December 21, 2008
Hottiess

Hail greetings everyone.

Ones again I've been head shoot (tagged), now is by my lovely friend June.
Do ya feel hot? Excited to know what's really hot here? Ok now, come on and enjoy then..

1. Do you think you are HOT??
Hell yaaa!! Well I'm not that really hot, I'm Hotties.. no lah, your eyes tell me.

2. Upload a favorite picture of you
hurm.. none of my full picture appeared on the web's by myself (just like you June), but the only favorite picture of me is the picture on the upper left side of my blog, that is my favorite picture of all..



3. Why do you like this picture?
erm, hell hot la of course.. huhu my eye looks hot

4. When was the last time you ate pizza?
Last 2 month, if I'm not mistaken. My aunty's home made pizzas.

5. The last song you listened to??
"Kristal - Puteri Cinta Hati"

6. What are you doing right now beside this?
Thinking, what's hot.. huhu

7. What name you prefer beside yours..?
Afiq or Fiq

8. 5 people to tag..
  1. Cameno TFL
  2. Eva TFL
  3. Izzaty
  4. Raisha Rahim
  5. Syarifah
9. Who is no 1 ?
My TFL's forum buddy.

10. No 3 is having relationship with?
hurm.. I don't ever know that lucky guy, but just ever look his face through MySpace.. eheh

11. Say something about no 5
She is my Unitarian buddy, she also my ex-MMUian, where ever I go she always follow me.. maybe because I am so hot.. well maybe.. huhu
and 1 more thing, she always likes to bullying me... help me!

12. How about no 4 ?
She is my diligent cousin..

13. Who is no 2 ?
She is my 'sengals' TFL's buddy ever, she always look blue. She also known as ladyinblue, sound's gei rite? ekeke..but the truth is I'm hot then her, that's for sure


Ok, finish mumbling..tata 

Posted at 12:28 pm by LorD
0 Comment   

Saturday, December 20, 2008
7 Perkara Mengenai Saya

Assalammualaikum, aku dapat tag ni dari rakan MMU aku Izzaty, sorry la ya lambat buat tag ni. Kepada Cameno, aku ada hutang satu tag dari kamu. Sorry byk2 tak dpt buat tag tu, kerana sebab2 tertentu, maaf ya.

Jom! mari ikuti 7 fakta2 mengenai diri aku yang tak seberapa ni.. enjoyyy!

7 Fakta tentang saya:
  1. Tarikh keramat saya adalah 10 Mei, jangan lupa bagi hadiah ya.
  2. Saya bermata 4, di mana 2 lagi mata saya boleh melihat menembusi segalanya.
  3. Saya adalah seorang yang kacak, saya tahu anda sedang loya.
  4. Dalam erti kata sebenar saya masih teruna, dan saya tahu anda mula berfantasi liar.
  5. Saya seorang pemalu, pemalu yang amat sangat, mengalahkan malu seekor kucing, dan saya tahu kamu sedang meng"hek'eleh"kan saya.
  6. Kadang kala ramai yang kata saya ni seorang yang baik gila, tapi ramai juga yang kata saya ni tersangatlah comel. Jika anda semua tak percaya, anda tanya mereka. Kalau mereka tipu, saya pun sedang menipu anda.
  7. Saya adalah 8th wonders of the world. Hey, jangan muntah! Ahah saya tipu saja, sengaja mahu mengacah isi perut kalian semua.
  8. Saya boleh dihubungi di talian +6016 677... eh, maaf! Sudah terlebih 7 perkara daa.
7 Perkara yang menakutkan di dunia:
  1. Saya akan berasa takut bila rasa takut itu menjelma.
  2. Saya takut bila ibu saya dalam keadaan marah atau sedih.
  3. Saya takut jika kedua ibu bapa saya tidak sihat.
  4. Saya takut jika rakan-rakan saya berkecil hati.
  5. Saya takut jika tidak mampu untuk membantu mereka.
  6. Saya takut jika duit saya tidak cukup bila tempuhi gerbang tol.
  7. Saya takut bila anda semua ketahui rahsia saya semuanya.. ahah
7 Lagu buat masa sekarang:
  1. Petikan tali gitar akustik ku
  2. Romance de Amor, aku mainkan
  3. Itu saja melodi yang aku tahu petik
  4. Sebab ianya melodi kesukaan ku
  5. dan juga kesukaan orang itu
  6. apa yang aku merapik ni
  7. tapi itu sajalah lagu yang aku reti alunkan
7 Perkara selalu sebut:
  1. Beb
  2. Gei (bukan Gay, ok. Gei = sengal2 ubi kayu)
  3. Sengal
  4. Ape kes?
  5. Apa daaa..
  6. masa kanak-kanak hidup ko/dia mesti tak riangkan?
  7. @#$%^&*)&#!~&Y#$@^&!* (ehehe)
7 Perkara yang amat bernilai:
  1. Ibu ku
  2. Ibu ku
  3. Ibu ku
  4. Bapa ku
  5. Saudara-mara ku
  6. Rakan-rakan ku
  7. Harta-harta ku
7 Pertama kali dalam hidup:
  1. Pertama kali bernafas di dunia
  2. Tumbuk muka orang masa tadika
  3. Potong 'kapla'
  4. Jejak kaki ke sekolah pada tahun 1993
  5. Kerja part time pada tahun 2003
  6. Jejak kaki ke University pada tahun 2004
  7. Convo pada tahun 2006
7 Orang yang di Tag secara rakusnya:
  1. Cameno TFL
  2. Eva TFL
  3. June
  4. Nan TFL
  5. Raisha Rahim
  6. Syarifah
  7. Anda rakan-rakan saya sekalian.
Ok, dah tamat daa.. bye..

Posted at 11:22 pm by LorD
2 Comments   

Thursday, December 11, 2008
Celoteh

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah kian lama rasanya tidak singgah di blog sendiri, malah agak lama tidak men'update' cerita terkini pada blog ini. Sebenarnya malas nak update.. ahah

Diri ni sering saja meluangkan diri di forum-forum kereta yang disertai. Semenjak dilantik menjadi moderator di forum Majalah Kereta, diri ni perlulah aktif dalam mengawal perjalanan forum terbabit di samping dapat menimba ilmu dalam dunia automotif terdahulu dan terkini. Bak kata satu iklan di tv, "Zaman dah berubah, dunia dah maju", selari dengan teknologi kini yang setiap saatnya sentiasa berubah maju.

"Jika tiada akal yang sempurna dikurniakan Allah kepada insani
maka tiadalah lahirnya keindahan dan kemajuan warga 'besi' ini"

apa daa aku merapik.. oklah byee..

bila la 'awek' aku nk kuar spital ni..?

Posted at 03:39 pm by LorD
4 Comments   

Thursday, December 04, 2008
RANtAi Art Event 2008 Schedule



12th DECEMBER 2008

10:00 am - 10:00 pm

Visual Art Exhibition
Art Booth

5:00 pm

Acoustics Performance by:

  • Bob Ku2 dan Rakan
  • Sky Juice Coffee
  • Violet
  • Ain Zulkifly and The Inggits

8:00 pm

Theater by:

Dahan - Dahan Seni ( art group anak-anak KTM )

9:00 pm

Tayangan Gambar Bergerak ( TGB )

  • Wasiat
  • Baby I'm Yours
  • Grip Phone
  • Wanita Pada Tubuh Lelaki

-----------

13th DECEMBER 2008

10:00 am - 10:00 pm

Visual Art Exhibition
Art Booth

12:00 pm

Light Music Performance by:

  • Sorganina
  • Static Emily
  • The Fridays
  • Ana Raffali
  • Silent Scenery
  • Lightcraft
  • 41
  • Juno Hana

5:00 pm

KIV

6:00 pm

Poem Recital by:

  • Adam Kasturi
  • Aleeya
  • Rahmat Haron
  • Fynn Jamal

8:00 pm

Acoustics Performance by:

  • Poppy
  • Juxtaposed
  • Poet Stories

-----------

14th DECEMBER 2008

10:00 am - 10:00 pm

Visual Art Exhibition
Art Booth

1:00 pm

Acoustics Performance by:

  • Pita Hati
  • Maleena
  • News At 11
  • Wani Ardy
  • Mohd Lorong Haji Taib

4:00 pm

Art Therapy by:

Fatullah Luqman Yusof

5:00 pm

Didgeridoo Clinic

6:00 pm

Tayangan Gambar Bergerak ( TGB )

  • What Happen To The Green?
  • Maxim Gorky
  • Sunyi

8:00 pm

Electro Acoustics Performance by:

  • Flica
  • Shtlm
  • Arus
more info: http://rantai-art.blogspot.com/

Posted at 05:47 pm by LorD
0 Comment   

Tuesday, November 25, 2008
Aku Pengembara

Aku pengembara,
sudah jauh berbatu aku mengembara,
tapi aku bukan mengembara ke serata dunia.

Aku pengembara,
aku mengembara di setiap lubuk hati manusia,
adanya aku di celah-celah kekusutan mereka.

Aku mengembara,
mengembara hati hamba-hanyaNya,
merungkai setiap kata siapa dan,
apa mahu mereka.

Aku mengembara,
jauh di perantauan di dalam kesusahan manusia,
aku selami apa yang sedang mereka alami,

Kadang itu, terasa aku pula yang dinoda, dicerca,
kadang pula, terasa diriku gembira turut sama bahgia.
Menangislah, kan aku turut sama tangisi air mata itu.

Coretkan madahmu padaku, jangan malu,
akan aku catatkan dengan pena hatiku,
kerana aku mengembara seiring hidupmu.

Posted at 10:19 pm by LorD
0 Comment   

Sociable for Blogdrive - all-in-one: Mini-MEditor, del.icio.us, co.mments, Google Blog Search, Technorati and RSS Feed
Previous Page Next Page

Best view by using Firefox browser
at 1024x768 resolution
LorD96 2005-2008