Assalammualaikum, selamat semua.. lamanya aku tak update blog ni. Sorry la kawan-kawan, aku sibuk latety, sibuk main game hak3..
Nak update ni bukan apa, cuma ada 2 perkara. Pertama-tamanya, selamat hari jadi buat aku semalam dan selamat hari Ibu, buat ibuku yang tersayang. huu.. ekceli aku dah hampir melupai semalam tu adalah hari jadi aku. Masa TT kat Restoran Kereta malam sebelum pukul 12, Kak Long Eva mengingatkan la pula, dan secara kebetulan hari jadi aku jatuh pada tarikh yang sama dengan Miss Azy lak. Ngek ko kak long (ehehee, faham2 je la ya kak long

).
Terima kasih buat sahabat aku kat unitar, Syarifah. Pagi-pagi aku tengah tidur ko tepon aku sambil menyanyikan lagu selamat hari jadi berlatar belakang suara Aan, dah la aku masa tu tengah mamai, leh lak terbayang Aan dengan ko sambil berpelukan bergoyang dengan alunan irama masa dalam bas tu. Dah la pergi Indonesia tak mahu seludup aku sekali, kalau tak ianya dah jadi hadiah terbaik buat aku dah..percutian percuma ke Jogja selama 3 hari 2 malam.. Huu..
Tahun ni takda kek.. buahulu ja ada. orait la tu..kek gak pe, huu
Ok, yang keduanya pula. Rakan-kawan-sahabat-teman. Terima kasih kepada semuanya, yang aku ada. Peluang mengenali korang semua adalah anugerah, dan hadiah terbesar sekali yang aku miliki. Ada aku terima ini dari seseorang rakan pada satu ketika dulu..
Andainya masa boleh diundurkan, tidak bisa ku kehilangan seorang teman tetapi aku redha kehilangan itu pasti ada hikmahnya yang telah dicoretkan untuk mengajar erti kehidupan. Kehilangan teman tiada impaknya jika dibandingkan dengan hilangnya saudara hilangnya keluarga, di mana terlalu sukar untuk digantikan. Aku hanya seorang di dunia tidak punya siapa-siapa hanya ku ada ayah dan ibuku, kau sahabat kau teman kau istimewa buat ku.
Ok panjang dah aku membebel.. Selamat menyambut Hari Bumi, tak lama lagi..
Selamat!