Sabda Rasullullah S.A.W.:
| "Apabila setiap kamu berbuka puasa, maka hendaklah kamu berbuka puasa dengan kurma kerana sesungguhnya padanya (kurma itu) ada keberkatan. Jika sekiranya ianya (kurma) tidak didapati, maka berbukalah dengan air kerana sesungguhnya padanya (air tersebut) itu bersih." |
Riwayat imam Ahmad, Tarmizi, Abu Daud dan selainnya dengan sanad yang sahih.

Kurma Ajwa
Kurma Ajwa (kurma Nabi) pula disebut di dalam hadith sebagai kurma pertama ditanam sendiri Nabi Muhammad s.a.w. Ia dikurniakan kelebihan oleh Allah S.W.T iaitu sesiapa yang makan tujuh biji kurma itu, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.
Antara Khasiat Buah Kurma
Kurma mengandungi khasiat yang tinggi yang menjadi makanan utama Baginda Rasullullah s.a.w. Ia kaya dengan zat besi, kalsium, protein, serat, gula, fostorus, sodium, potassium, vitamin A dan C.
Saidina Ali r.a meriwayatkan barang siapa yang makan tujuh biji kurma setiap hari akan membunuh kuman dalam badannya. Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada pelbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah S.W.T. InsyaAllah.