LorD my World my Thought my Soul

LorD96


LorD Stat

Online
:
Soul on Visit
Hits
:
Souls Visited

LorD Profile

Hometown
:
Hell
Occupation
:
Nocturnal Hunter
Y!M
:
MSN
:
Status
:
Rest In Peace..

LorD Shout!


LorD Y!M


LorD Posts



RSS Atom

LorD Links

Friends..

 

Adib
Ajie
Amier TFL
Amir
Andy
Asyraf
Azhan
Cameno TFL
Ekyn
Eliza Rahim
Emiazus TFL
Eva TFL
Eza
Fia TFL
Hannis
Haryaty Othman
Hattourie Flickr
Izzaty
Joey TFL
June
Mazidul 360
Nadine Zuharra
Nan TFL
Nazwan
Peq TFL
PP08
Raisha Rahim
RuKh
SCC
Shahrul TFL
Suraya
Syarifah
Syu
Syuhada


Favorites..

  Chicago Bulls
Citcat
Dynamic Drive
Gizmo Call
KLFM

Koleksi Doa-doa
Lowyat.Net
Manchester United
Mangarun
OrangeCountyChoppers

Car Clubs..

  The FrontLiners (TFL)
Vaper Club
Saga Iswara Club (SIC)
MonsterCrew CarClub

LorD Views


LorD Searchs

Muslim Names Search:


Provided by Baby Names
LorD Categories


LorD Contact


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

LorD Guitar Tuner


LorD Affiliates

ClixSense.com

ClixnCash.com  WorldWide-Cash.net

donkeymails.com  no-minimum.com

LorD Ads



LorD Credits

MyBloglog!  PageRank  photobucket
Saturday, January 30, 2010
Teman

Hai teman,
kadang-kala aku terkilan bila kau tidak menyapa seperti dulu kau damba.
Kala kau rebah patah, kau pinta dipimpin erat.
Kini bila dialun ritma nama mu, kau mula jauh berpaling muka.

Aku mensyukuri adanya engkau,

tapi tak mengapa,
jika kau tak menyapa, ku harap Allah menyentuh jiwa ku
jika aku pula rebah, ku harap Allah memimpin diri ku
jika nama ku tidak diucap, ku harap Allah tetap memandang ku

Posted at 08:32 am by LorD
0 Comment   

Saturday, December 19, 2009
Terbujur Kelu

Bergetar seluruh tubuh gelisah
Mengigil jiwa berpeluh muka
Dunia keras bergoncang kencang
Sana sini berterbangan bertempiaran

Ufuk jingga sana tenggelam bergelora
Gerhana merah membahang terang
Ratna kilaunya pudar bersinar musnah

Jejakku kaku saujanaku kelabu
Lemah longlai terkapai bernafas lesu
Tangisan tempikan memeluk diri ini

Mana ibuku? Mana ayahku?
Mana isteriku? Mana anak-anakku?

Biar pun tahu neraka jua tempat akhirku
Ya.. Rabbi benarkan ku sujud ampun padaMu




Posted at 12:26 am by LorD
0 Comment   

Monday, November 23, 2009
Alam baru



SATU pengalaman hidup telah selesai diharungi. Alam baru mulai menjengah kembali, yang pasti aku mesti berfikir positif. Dunia profesional aku hampir tiba, aku mengharapkan yang terbaik buat diriku dan keluarga. Dunia lalu aku tetap kenangkan sebagai pedoman hidup aku selepas ini.

Bermacam-macam ragam manusia aku kenali aku dekati, berbagai-bagai cemuhan dan sanjungan yang aku perolehi. Aku anggap itu semua adalah falsafah dalam hidup aku dan mereka yang mengajar seribu erti.

Dengan sekembalinya aku di sini, inilah titik permulaan cabaran dunia baru yang akan aku tempuhi lagi. Tergiang pada satu pepatah; Semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda. Esok adalah impian yang belum nyata. Hari ini penentu siapa kita dihari esok.

Semoga selamat semuanya. Amin..

Posted at 04:37 pm by LorD
0 Comment   

Monday, May 11, 2009
Selamat Hari jadi LorD

Assalammualaikum, selamat semua.. lamanya aku tak update blog ni. Sorry la kawan-kawan, aku sibuk latety, sibuk main game hak3..

Nak update ni bukan apa, cuma ada 2 perkara. Pertama-tamanya, selamat hari jadi buat aku semalam dan selamat hari Ibu, buat ibuku yang tersayang. huu.. ekceli aku dah hampir melupai semalam tu adalah hari jadi aku. Masa TT kat Restoran Kereta malam sebelum pukul 12, Kak Long Eva mengingatkan la pula, dan secara kebetulan hari jadi aku jatuh pada tarikh yang sama dengan Miss Azy lak. Ngek ko kak long (ehehee, faham2 je la ya kak long  ).

Terima kasih buat sahabat aku kat unitar, Syarifah. Pagi-pagi aku tengah tidur ko tepon aku sambil menyanyikan lagu selamat hari jadi berlatar belakang suara Aan, dah la aku masa tu tengah mamai, leh lak terbayang Aan dengan ko sambil berpelukan bergoyang dengan alunan irama masa dalam bas tu. Dah la pergi Indonesia tak mahu seludup aku sekali, kalau tak ianya dah jadi hadiah terbaik buat aku dah..percutian percuma ke Jogja selama 3 hari 2 malam.. Huu..

Tahun ni takda kek.. buahulu ja ada. orait la tu..kek gak pe, huu

Ok, yang keduanya pula. Rakan-kawan-sahabat-teman. Terima kasih kepada semuanya, yang aku ada. Peluang mengenali korang semua adalah anugerah, dan hadiah terbesar sekali yang aku miliki. Ada aku terima ini dari seseorang rakan pada satu ketika dulu..



Andainya masa boleh diundurkan, tidak bisa ku kehilangan seorang teman tetapi aku redha kehilangan itu pasti ada hikmahnya yang telah dicoretkan untuk mengajar erti kehidupan. Kehilangan teman tiada impaknya jika dibandingkan dengan hilangnya saudara hilangnya keluarga, di mana terlalu sukar untuk digantikan. Aku hanya seorang di dunia tidak punya siapa-siapa hanya ku ada ayah dan ibuku, kau sahabat kau teman kau istimewa buat ku.

Ok panjang dah aku membebel.. Selamat menyambut Hari Bumi, tak lama lagi..
Selamat!

Posted at 09:06 pm by LorD
0 Comment   

Monday, March 16, 2009
Palestine Dulu dan Kini



MasyaAllah, sedihnya aku melihat, gambar tu. Apa yang mampu kita lakukan? Sudah banyak kempen sumbangan dan derma dilaksanakan, akan tetapi adakah sumbangan itu dapat membantu mereka untuk mengembalikan tanah asal milik mereka? Tidak, cuma berharap sumbangan itu disalurkan agar mereka dapat menerima bekalan makanan dan pakaian yang cukup. Juga dengan serangkap doa buat saudara kita di sana untuk hidup dalam ketenangan, harmoni dan meneruskan hidup mereka..amin..

Posted at 03:55 pm by LorD
0 Comment   

Sunday, March 08, 2009
Selamat Hari Keputeraan Muhammad

Ya Rasulullah,
di saat pemergian mu kami merindui mu,
di saat ketiadaan mu kami kehausan kasih mu,
di saat kehilangan mu kami dambakan cinta mu,

Ya Muhammad,
jasa mu kami sanjung, jasa mu kami junjung,
jasa mu kan kami kenang, kan kami terus perjuangkan.

Di keheningan malam hari keputeraan mu,
kami tagihkan kehadiran mu.
Sayup-sayup suara memuji nama mu, ketika ini.
Bait-bait syahadah dan selawat keatas mu.

Ya Rasullullah,
walaupun kami tidak lagi dapat menemui mu,
diizinkanlah kami ketemui mu di dalam tiap mimpi-mimpi,
bila tibanya waktu itu,
sambutlah kami dengan lambaian dan senyuman manis mu...

Selamat Hari Keputeraan mu Ya Muhammad, Rasul junjungan.


Wadah Pemangkin, Khariah Ummah

Posted at 10:16 pm by LorD
0 Comment   

Monday, March 02, 2009
TFL's Official Polo for SALE!


(ketik gambar untuk pembesaran)

Baju rasmi TFL untuk dijual.
Sila buat tempahan anda sekarang di
majalahkereta.com.my/tfl

Posted at 11:19 pm by LorD
0 Comment   

Tuesday, February 17, 2009
TFL's Official Polo - The Lost Word


(ketik gambar untuk pembesaran)

Sample sudah siap. Akan tetapi, sample ini ada beberapa kesilapan teknikal yang telah berlaku. Perubahan akan dilaksanakan pada sample yang kedua, yang akan dikeluarkan seminggu dari sekarang.

Ana minta maaf banyak-banyak kepada ente semua yang menunggu. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Posted at 04:39 pm by LorD
0 Comment   

Sunday, February 08, 2009
TFL's Official Polo

Di bawah adalah baju rasmi The FrontLiners (TFL).


(ketik gambar untuk pembesaran)

Nampak simple je kan, tapi ianya mengambil masa selama seminggu untuk aku releasekan design ni. Banyak kali juga touchup sana touchup sini buang itu buang ini, untuk dapatkan kemasan yang betul-betul memuaskan. Amacam cantik tak? Kerja 1st timer je.. eheh

Selepas seminggu dari sekarang, 1 sample akan siap dan masa tu juga aku akan umumkan tempahan untuk baju ni di forum TFL nanti. Jadi kepada kawan-kawan TFL yang nak beli tu sila la bersabar, baiklah korang beli sticker TFL dulu, bagi yang belum beli sticker lagi tu cepat-cepatlah beli sticker TFL, kalu tak baju tak dapat beli. Hak3 kejam tak aku? hiksss

Kepada kawan-kawan yang lain, jika nak beli baju ni meh ler join forum TFL tu, pastu beli sticker TFL, tampal kat kete korang pastu leh la proceed beli baju design aku ni.

Ok, info tentang baju Polo TFL:

1. Material kain - Honey Comb
2. Warna baju - Hitam
3. Warna sulaman - Kuning
4. Harga sehelai - RM30.00
5. Charge saiz XXXL - Tambah RM3.00
6. Charge postage - RM3.00

Baju ni aku akan buka untuk 30 tempahan sahaja, yela takut tak ramai yang nak tempahkan, jika katakan cukup 30 aku terus stop dan terus gi tempah. Jika ada permintaan lagi, batch kedua akan menyusul.

Owh ya, jika katakan memang laku sungguh la Polo ni, baju-T TFL pula akan menyusul. Design baju-T TFL dah pun siap. Boleh tahan cantik, bagi aku lah.. hak hak

Posted at 08:26 pm by LorD
1 Comment   

Thursday, January 29, 2009
My Current Development

This is my current development in progress, the last phase..

1. Project Paper - Tic Tac Toe with A.I.
2. Requirement Engineering
3. Human Computer Interaction

Good luck to me

The best violence is murder
The best villain is the killer
So, kill that killer

Posted at 02:30 pm by LorD
0 Comment   

Sociable for Blogdrive - all-in-one: Mini-MEditor, del.icio.us, co.mments, Google Blog Search, Technorati and RSS Feed
Next Page

Best view by using Firefox browser
at 1024x768 resolution
LorD96 2005-2008